Kasih Leia Ixora merupakan anak sulung kepada pelakon terkemuka, Azhar Sulaiman. Berbeza dengan anak bongsunya, Leona yang sering mencetuskan kontroversi, si kakak ini lebih pendiam orangnya.
Namun, semalam Azhar Sulaiman, berkongsi detik cemas apabila Kasih telah pengsan di lot parkir Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok itu, Azhar meluahkan kerisauannya atas kesihatan anaknya yang difahamkan menghidap sakit hipertiroid.
“Kasih pitam di tempat parking kereta PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya.. Kalau tak mesti diorang syak saya cuba culik awak papah bawak masuk kereta,” tulisnya di ruang kapsyen.
@azharbsulaiman Kasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww
♬ original sound – Azhar Sulaiman
Sebelum ini, fizikal gadis berkenaan yang cengkung dan kurang bermaya itu telah menjadi tanda tanya.
Beberapa hari sebelum ini, Kasih yang berumur 21 tahun telah memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dia baru selesai melakukan rawatan di bilik wad berkenaan.
Kasih telah meluahkan rasa penghargaan kepada beberapa petugas PPUM yang merawatnya dengan penuh dedikasi.
“Ini lah puteri-puteri bidadariku (petugas) dekat wad prosedur khas. Beribu bintang untuk ini (rawatan). Terima kasih bossku,” katanya yang dilihat kurang fasih berbahasa Melayu.
@terimame.v2 mass 🩸
♬ original sound – KASIH LEIA IXORA
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan doa agar Kasih diberikan kesembuhan dan dipermudah segala urusan.
Ada juga yang sempat memberi tips untuk mengelakkan pitam.
Hipertiroid ialah keadaan dimana kelenjar berbentuk kecil kupu-kupu yang terletak di bahagian depan leher menghasilkan hormon tiroid berlebihan sehingga meningkatkan metabolisme badan.
Kesan sampingan penyakit tersebut termasuklah penurunan berat badan mendadak, degupan jantung tidak teratur, keguguran rambut, pening dan muntah.
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman & Kasih Leia Ixora