Tengok tak sidang media pagi tadi? Tun Dr Mahathir Mohamad ada buat sidang media di Yayasan al-Bukhary mengenai isu politik di Malaysia
Majoriti tidak tepat
Menerusi Bernama, Tun M memberitahu bahawa KDYMM Baginda Agong tidak lagi mahu bertemu dengannya bagi menjelaskan berkenaan majoriti undian yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak tepat.
Menurutnya , dalam kemelut politik yang melanda, beliau mendakwa bahawa Azmin Ali mempunyai agenda tersendiri susulan daripada pengkhianatan yang dibuat kepada PKR sehingga dipecat daripada parti.
Manakala Muhyiddin pula sememangnya bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.