Baru-baru ini tular di laman TikTok dan media blog berkenaan tentang pelaksanaan badal haji yang dilakukan oleh pihak anjuran atau agensi yang membuat perkhidmatan ini. Namun ianya telah menjadi satu isu apabila seorang jemaah haji mendedahkan kegiatan segelintir pelaksana yang didakwa terlibat dalam penipuan badal haji ini.
Menerusi perkongsian di laman TikTok pemilik jemaah itu, kelihatan banyak kertas-kertas yang berselerakan di atas jalan Arafah yang tertera upah badal haji, dan kebanyakan kertas yang berselerakan di jalan adalah bagi penama-penama Asia, termasuk Malaysia.
Badal Haji Ke Bedal Haji?
Badal haji bertujuan untuk melakukan ibadah haji yang diupahkan bagi sesiapa yang uzur dan tidak dapat dilaksanakan atas halangan-halangan tertentu seperti sakit tua atau kematian ke atas seseorang yang seharusnya mengerjakan haji.
Namun, apa yang dipaparkan oleh pemuda yang dikenali sebagai @Mus’ab Azman di TikTok, beliau mengatakan bahawa kejadian tersebut seperti sindiket scammer “bedal” haji, dipercayai berlaku di Arafah.

Mereka Renyukkan Kertas Dan Tukar Pula Dengan Kertas Baru
“Mamat ni rasanya dah berapa kali dah, muka dia saja. Ada dua tiga nama yang saya nampak. Dia kata ‘saya buat badal haji untuk sekian sekian’. Dekat dua jam saya nampak, siap ada sampul. Dah habis tu, mereka renyukkan kertas dan selepas tu dia tukar pula kertas baharu”, menurut petikan yang diambil dari sumber Mstar.
Ramai Yang Tertipu, Ini Reaksi Netizen
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati ke atas orang yang sudah terkena sindiket penipuan badal haji ini. Dinasihatkan agar semua orang harus meneliti terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan jika mahu menggunakan perkhidmatan badal haji ke atas sesiapa.


Kredit: TikTok Mus’ab Azman, Mstar