fbpx

Sebenarnya nombor akaun bank milik balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah adalah atas inisiatif rakan artis untuk memudahkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada beliau.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah tampil dimana menjelaskan situasi sebenar, aktivitis politik mengatakan isteri Allahyarham Abam tidak mengetahui mengenai sumbangan tersebut.

“Berani kerana benar! Balu Abam tak pernah minta sedekah. Ini adalah atas inislatif saya. Saya minta rakan-rakan repost nombor akaun balu Abam termasuk pelakon Fizo Omar untuk membantu dia membesarkan anaknya Hamzah.

Tak terfikir pun nak tuduh keluarga tak membantu,salah ke jika peminat nak bantu juga? Dosa ke?” katanya menerusi laman Instagram.

Bukti Nurul mengakui meminta rakan artis berkongsi maklumat akaun Nor Hidayah.

Bersama kapsyen tersebut, turut disertakan paparan skrin perbualannya dengan isteri kepada penyanyi Black iaitu Naquia Yasirah atau Cira di mesej peribadi Instagram.

Dalam perbualan tersebut, Nurulhidayah atau lebih mesra disapa Kak Long meminta Cira mendapatkan nombor akaun bank balu arwah Abam.

“Siapa nak tolong, tolong saja dengan besar hati. Kita tak tahu nasib kita dan anak-anak macam mana nanti!” -Nurul Zahid.

Sebelum ini, adik Abam Ali Puteh meluahkan rasa kurang senang apabila Hidayah dikatakan memberikan nombor akaun milik peribadinya dan menerima sumbangan orang ramai.

Katanya bantuan itu seolah-olah mereka sekeluarga tidak mengambil berat mengenai kebajikan balu arwah serta anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.

Tambahan itu, Nurulhidayah berkata, dia ikhlas menghulurkan bantuan tersebut kerana pernah merasai keperitan kehilangan suami dan bergelar balu.

[fbcomments]