“Bancuh Susu Anak Dengan Satu Sudu Susu Sahaja…”- Luahan Puan Asma Yang Terkesan Dengan PKP
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni baru kita sedar ramai yang lebih memerlukan bantuan dan masih ramai yang mengalami kesusahan hidup.
Lebih memilukan apabila keluarga tersebut mempunyai warga emas yang uzur mahupun anak kecil yang masih menyusu.
Bancuh susu anak dengan satu sudu susu sahaja
Puan Asma, seorang suri rumah yang mempunyai anak dan hanya suami sahaja yang bekerja tapi sejak PKP dilaksanakan, suaminya tidak lagi bekerja sehingga menyebabkan sumber pendapatan keluarganya terputus.
Apa yang lagi menyedihkan, pasangan ini turut mempunyai anak kecil yang masih menyusu dan kebiasaanya dalam sebulan mereka memerlukan 5 bungkus susu untuk keperluan anaknya itu.
Setelah terputus sumber pendapatan, si ibu tiada pilihan lain selain terpaksa catu susu anaknya.
Saya terpaksa letak satu sudu susu dan saya bancuh banyak air supaya dia dapat minum susu jugalah.
Terkesan dengan kesusahan yang dihadapi oleh Puan Asma, Al-Khaadem melalui Skuad Prihatin Kemiskinan telah mengambil inisiatif untuk membantu keluarga Puan Asma.
Alhamdulillah, lepas (bantuan) ini saya rasa gembira sangat… Bantuan yang diberi oleh SPK ni terlampau banyak. – Puan Asma.
Sebanyak 638 keluarga telah dibantu
Untuk pengetahuan, Skuad Prihatin Kemiskinan (SPK) telah melancarkan kempen #kitajagadepa dan mereka telah berjaya mengagihkan sebanyak RM149,850 kepada 638 keluarga di seluruh Malaysia.
Namun kini mereka mensasarkan lagi RM100,000 untuk membantu seramai 600 buah keluarga untuk dibantu.
Apa yang istimewanya SPK ni ialah, mereka akan meneliti terlebih dahulu keluarga yang ingin diberikan bantuan sebelum proses agihan dijalankan supaya ianya dapat disalurkan kepada golongan yang betul memerlukan.
Mereka juga bukan hanya membantu masyarakat Islam sahaja, malah yang bukan beragama Islam turut sama-sama dibantu.
Turut mengadakan kelas Al-Qur’an harian
Selain memberi bantuan kewangan, SPK juga menjalankan kelas Al-Qur’an harian untuk para penerima agar mereka menyibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat dan sentiasa mengingati Allah Yang Maha Esa.
Bantuan bukan hanya pada musim Covid-19 sahaja
Untuk pengetahuan, SPK bukan sekadar memberi bantuan pada musim Covid-19, malah bantuan ini memang berterusan semenjak tahun 2016. Seperti kes ini, dimana puan ini mula hilang sumber pendapatan sejak kematian suami.
“Sekarang saya ambil upah jaga anak kawan saya. Dengan upah bulanan ini lah saya menyara anak-anak, bayar bil, sewa rumah dan sebagainya. “
Kini segala tanggungjawab ketua keluarga, dipikul olehnya demi membesarkan 3 orang anak termasuk seorang anak OKU.
“Semenjak tiada suami, saya mula terima bantuan dari Skuad Prihatin Kemiskinan (SPK), seperti barang dapur, pampers dan lain-lain. Setiap tahun dia bantu dan memang dari SPK sahaja saya terima buat masa ini, yang lain tiada.”
Bersama meringankan beban
Teruskan menyumbang agar kita bersama-sama dapat menolong lebih ramai orang. Bukan nilai wang ringgit menjadi ukuran namun keikhlasan hati yang diutamakan.
Bagi anda yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh sumbangkan ke akaun Maybank 564276803000 di atas nama Pertubuhan Al-Khaadem. Atau anda boleh klik di sini atau terus ke Facebook mereka.
SPK adalah inisiatif bersama antara Al-Khaadem dan SuperThinkers. Matlamat SPK adalah untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dengan menyediakan bantuan-bantuan yang disasarkan.
Bersama-sama kita meringankan beban mereka, berkongsi rezeki.