Pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan India, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mula mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan menerusi drama Suamiku Encik Perfect 10.

Tapi tak lama lepas tu, dia terus mengambil keputusan pindah ke Australia selepas berkahwin dengan lelaki sana bernama Trent Garrett.

Tapi baru-baru ini nama dia disebut netizen selepas dia memuat naik posting tentang pendapatnya di media sosial.

Beza Malaysia & Australia

Dalam media sosial miliknya itu, dia telah memuatnaik dua keping gambar yang memaparkan perbezaan perkahwinan di Perth yang hanya ditampal dengan foto keluarga tetapi majlis perkahwinan di Malaysia dihadiri dengan tetamu yang ramai.

Perkongsiannya itu telah mencetuskan kemarahan pengikutnya yang menyifatkan tindakan Raja Ilya seakan-akan lupa daratan dan tidak sewajarnya untuk berbuat sedemikian.

Walau bagaimanapun dia telah memohon maaf dan mengakui tidak berniat untuk membuat perbandingan dan ianya hanya sekadar mahu memberi gambaran bahawa penduduk di Perth sangat paranoid dengan  pandemik Covid-19, manakala rakyat di Malaysia pula masih tenang menghadapi situasi tersebut.

[fbcomments]