fbpx

Baru sahaja menyambut perayaan Tahun Baru Cina, hari ini satu keluarga diuji dengan kehilangan nyawa selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Kemalangan berlaku di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas sekitar 9.30 pagi tadi.

Bapa dan anak rentung

Dua beranak berbangsa Cina rentung selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar. Apa yang lebih memilukan lagi apabila ada saksi yang masih lagi dapat mendengar jeritan si anak meminta tolong sebelum meninggal dunia.

Si isteri (baju berwarna pink) berusaha selamatkan anak dan suami

Manakala si isteri yang merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Mangsa tersepit dan tidak berjaya diselamatkan

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan seorang pengguna Facebook dan juga saksi di tempat kejadian, semasa api belum marak, dia cuba untuk selamatkan si kecil untuk menarik keluar mangsa namun tidak berjaya kerana kakinya telah tersepit.

“Kita dah peluk pinggang nak tarik keluar,tapi masalahnya kakinya pula tersepit,puas ditarik tak juga keluar,bila api semakin marak kita pun terpaksa lepaskan pelukan,panasnya hanya Allah yang tahu…” – Orang awam yang cuba selamatkan mangsa.

Tambah saksi lagi, dia turut sedih kerana nampak budak itu terbakar di depan mata.

“Sedihnya depan mata kita nampak ianya terbakar, Allahuakbar. Sedihhhnya…”

Ramai cuba menolong tapi api merebak sangat cepat

Difahamkan ramai saksi di tempat kejadioan yang cuba membantu memadamkan api dengan menggunakan pemadam api tapi tidak berjaya. Api merebak sangat cepat.

Melanggar penghadang jalan

Mengikut laporan, kenderaan mungkin melanggar penghadang jalan, lalu terbabas dan terbakar. Ia terbakar 100 peratus.

Selepas api dipadamkan dan pemeriksaan dibuat menemui dua mangsa yang rentung di dalam kenderaan. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas.  

Diharapkan si isteri tabah menghadapi dugaan dan kehilangan anak serta suami dalam sekelip mata. Dan kepada saksi yang telah membantu, tahniah di atas keprihatinan dan keberanian anda semua.

[fbcomments]