Setelah tular beberapa kali tentang desas desus diantara Inspektor Sheila dan Iqbal Zulkefli, kini keluarga Sheila memberi lampu hijau untuk beliau mengahwini bersama jejaka berbangsa Melayu, ataupun bersama pasangan berlainan bangsa dan agama.
Menurut sumber Harian Metro, beliau terbuka untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki berserta syarat yang telah beliau tetapkan. Namun, pilihan utamanya adalah lelaki tersebut boleh membahagiakannya dan sanggup menerima dirinya sendiri.
“Bapa tidak mengongkong saya. Dia kata jika nak kahwin dengan orang Melayu, nak masuk agama Islam, dipersilakan. Ini berkenaan soal hati, tak kisah hitam atau putih. Saya okay, saya terbuka kerana saya rakyat Malaysia”, katanya ketika ditemu buat oleh pihak Harian Metro.

Akhirya Bertemu Juga
Pertemuan antara Iqbal dan Inspektor Sheila kini tercapai apabila pihak media Mstar telah menemubual dua individu ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendapat masing-masing berkenaan antara satu sama lain.
Menurut Mstar, mereka berdua kelihatan tidak kekok untuk bertegur sapa dan sempat bergurau mesra semasa digandingkan dalam satu sesi fotografi eksklusif bersama Mstar.
“Selepas berjumpa ini saya serius untuk berkawan dengan dia. Saya merasakan dia seorang yang komited dan jelas dengan apa yang dimahukan. Saya juga tak mahu berfikir lebih, buat masa sekarang biarlah kami berkawan dahulu”, jelas Iqbal kepada Mstar.
Mahu Ajar Sheila Jadi Seorang Yang Lemah Lembut
“Dia cantik dan boleh jadi model, tapi sebelum ini ramai yang kecam sebab hanya mengenali Sheila sebagai seorang wanita yang tegas. Saya harap dapat mengajar dia supaya lebih bersikap lemah-lembut. Tidaklah orang asyik nak kecam selepas ini”, kata Iqbal yang mahu mengubah Sheila menjadi lebih lembut daripada persangkaan orang diluar.
Semasa sesi fotografi bersama, Iqbal juga sempat mempelajari beberapa perkataan Tamil termasuklah perkataan ‘saya sayang kamu’. Mereka yang kelihatan cantik dan kacak mengenakan busana berwarna hijau muda telah mendapat pujian ramai.
Sheila Akur Seorang Yang Memilih, Iqbal Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman
Sheila yang malu-malu bertentang mata buat kali pertama bersama Iqbal memaklumkan bahawa Iqbal mempunyai ciri-ciri khas lelaki idaman. Sheila juga tiada masalah untuk menjadikan Iqbal sebagai teman baiknya.
“Bila berjumpa hari ini persepsi saya terhadap Iqbal berubah. Dia kacak, ramah. Badannya pun tidaklah terlalu besar. Banyak lagi yang boleh saya explore tentang Iqbal. Secara peribadi dia seorang yang baik dan kami boleh berkawan”, ujar Sheila.
Namun, kedua-dua mereka ini meninggalkan komen untuk berkenalan terlebih dahulu sebelum meneruskan ke peringkat yang lebih serius.
Kredit: Harian Metro, Mstar