Semalam dikejutkan dengan berita pemergian bapa kepada pengusaha crepe terkenal iaitu Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe yang meninggal dunia pada jam 8.30 malam, Selasa.
Meninggal Disisi Keluarga
Menurut video yang dimuatnaik oleh Kieda di laman TikToknya, beliau memaklumkan bahawa bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.
“Kieda hilang lelaki pertama yang cinta dan sayangkan Kieda. Allah sayang abah lebih daripada kami sayang dia. Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap. Abah pergi depan isteri dan anak menantu”, ujarnya di dalam video tersebut.
Kieda juga meluahkan kehilangan bapanya adalah dugaan terbesar yang berlaku sepanjang hidupnya. “Dalam banyak-banyak ujian Kieda dapat bulan tujuh (Julai), ujian ini paling berat. Kieda boleh kuat dlaam segala hal tapi bukan dengan kehilangan orang tua Kieda”, tambahnya lagi.
Hilangnya Cinta Pertama
“Semalam baru kita jumpa..malam ni (semalam), abah dah kaku.. abah, ujian adik banyak sangat bulan ni.. Paling berat ujian yang abah pun tinggalkan adik harini..”, tulis Kieda di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
Terdahulu, Kieda menghadiahkan bapanya sebuah kereta pada awal bulan tujuh, namun kereta tersebut kini dapat buat pameran sahaja memandangkan bapanya telah meninggalkan dunia pada hujung bulan Julai.
Kredit: TikTok Kiedacrepe, Instagram Kiedx