fbpx

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa enam beradik di Balikpapan, Indonesia yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia pada 23 Februari 2020.

Difahamkan, kedua ibu dan bapa enam kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir selang beberapa jam pada hari yang sama.

Menurut sumber, ibu enam beradik itu meninggal dunia akibat darah tinggi selepas sebulan melahirkan adik bongsu merek pada Januari.

Ketika jenazah ibu mereka sedang dimandikan, bapa mereka pula jatuh sakit dan kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Enam beradik yang berusia antara 11 tahun hingga 1 bulan kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka yang sudah uzur. Allahuakhbar. Semoga datuk dan nenek mereka dikurniakan kesihatan yang sempurna serta diperluaskan pintu rezeki mereka sekeluarga.

[fbcomments]