fbpx

Menggunakan telefon ketika memandu bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Mujurlah apa yang berlaku kepada seorang pemandu ini tidak membahayakan nyawa orang lain kecuali dirinya sendiri.

Baru 10 minit dapat lesen

Pemandu muda yang dikenali sebagai Zhang terpaksa menahan rasa malu setelah dia menjunamkan keretanya ke dalam sungai 10 minit selepas mendapat lesen memandu.

Menggunakan telefon ketika memandu.

Menurut lelaki itu, ketika sedang memandu dia cuba mengambil kesempatan untuk membaca mesej dari keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana lulus ujian memandu.

Keretanya juga baru didaftarkan dan pastinya dia tertunggu-tunggu untuk memandu kereta barunya itu secara sah. Malangnya bau kedai kereta itu terus hilang sebaik dia terjunam ke dalam sungai.

Panik melihat pejalan kaki

Apabila disoal siasat, Zhang berkata dia cuba untuk membaca mesej dari telefon tetapi tiba-tiba dia ternampak dua orang pejalan kaki di hadapannya. Dia kemudian panik dan berpusing ke kiri.

Itulah, lain kali janganlah main telefon ketika sedang memandu. Tak pasal-pasal!

[fbcomments]