Malam tadi, selebriti terkenal kelahiran Johor, Yana Samsudin memaklumkan bahawa adik lelakinya telah meninggal dunia. Kenyataan tersebut dibuat menerusi akaun media sosial Yana disertakan dengan gambar-gambar arwah.

Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin disahkan meninggal dunia ketika sedang tidur. Difahamkan juga, Fahmi telah meninggal dunia seorang diri dirumahnya.

Baru jadi bapa

Menerusi entri yang ditulis Yana di Instagram, adiknya itu baru sahaja bergelar bapa 37 hari yang lepas apabila isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka.

Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu…

Posted by Yana Samsudin on Selasa, 3 Mac 2020

Niat nak sambut hari jadi di kampung

Tambah menghibakan apabila Yana memberitahu bahawa mereka semua merancang untuk pulang ke kampung halaman mereka di Yong Peng, Johor bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran.

Semoga isteri arwah lebih tabah menghadapi ujian ini, berpantang dan membesarkan anak tanpa suami di sisi.

[fbcomments]