Beberapa minggu yang lepas berlakunya kes seorang lelaki yang menunjal kepala seorang wanita akibat pemanduan yang membahayakan di Cameron Highlands. Disebabkan oleh kes itu juga mendapat perhatian warga net, lelaki tersebut yang mendapat gelaran Abang Baju Merah telah disabitkan kesalahan.

Abang Baju Merah Mengaku Bersalah Setelah Pertuduhan Dibacakan
Pada hari ini abang baju merah atau nama sebenar beliau Mohammad Zaim Faiz dijatuhkan hukuman sembilan hari penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah akibat mendatangkan kecederaan kepada dua orang pelayan restoran pada awal Jun yang lepas.
Pertuduhan tersebut disabitkan atas sengaja mengasari dan menyebabkan kecederaan kepada 2 orang pelayan restoran warga asing, Samir Das bertempat di sebuah restorang di Tanah Rata pada jam 4.20 petang, 4 Jun lalu.
Menurut sumber Harian Metro, tertuduh juga menerima pertuduhan kedua bahawa beliau didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang berlaku ke atas seorang lagi pelayan restoran, V Dennis Pillai di lokasi dan pada masa yang sama.
Mohammad Zaim Menitiskan Air Mata Ketika Membuat Rayuan Ringan Hukuman
Menurut sumber Sinar Harian pula, tertuduh mula menitiskan air mata ketika perbicaraan berlangsung dan merayu agar hukuman denda diminimumkan memandangkan beliau perlu menanggung isterinya yang sedang sarat mengandung. Susulan itu beliau juga mengaku insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan.

Akan Dipenjarakan Tambahan 9 Hari Lagi Jika Gagal Membayar Denda
Majistret mengenakan denda bernilai RM1,000 bagi setiap pertuduhan yang menjadikan jumlah denda keseluruhan yang perlu dilangsaikan oleh Zaim adalah bernilai RM2,000. “Jika gagal membayar denda, mahkamah menetapkan tertuduh perlu menjalani penjara tambahan sembilan hari lagi”, menurut berita Harian Metro.
Kredit: Harian Metro, Sinar Harian