Baru-baru ini, kisah pilu seorang askar yang meninggal dunia semasa latihan telah menarik perhatian ramai di media sosial. Pemergian Mohamad Izuan Hafiz Mohd Supian, yang meninggalkan seorang isteri dan anak kecil, telah menimbulkan rasa sebak di kalangan netizen.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSjdtjEfg/

Baru Lepas Bercuti Dengan Keluarga Kecil

Menerusi seorang pengguna TikTok yang bernama hakakloreng, beliau memuat naik video pengebumian Izuan, yang memperlihatkan suasana penuh emosi.

Menarik perhatian adalah foto-foto Izuan yang dimuat naik dua minggu sebelum kematiannya, di mana dia kelihatan gembira bercuti bersama isteri tercintanya di Cameron Highlands.

Izuan, 26 tahun, merupakan seorang pahlawan negara yang baru melayari bahtera perkahwinan dengan Atikah, yang belum mencecah setahun. Keindahan momen bersama keluarga kecilnya yang dipaparkan di laman sosial menambah kepiluan terhadap pemergiannya.

Ruangan komen di video tersebut dibanjiri dengan ucapan takziah daripada warganet yang meluahkan rasa simpati dan penghargaan kepada jasa Izuan.

Terdapat juga dakwaan dari beberapa netizen yang menyatakan beliau menghembuskan nafas terakhir semasa menjalani latihan kecergasan. Namun, punca sebenar kematian beliau masih belum disahkan, kerana isteri dan keluarga Izuan belum memberikan maklumat lanjut mengenai hal ini.

Kredit: TikTok hakakloreng_

[fbcomments]