fbpx

Sejak daripada zaman BN hingga lah ke Pakatan Harapan dan kini kerajaan baru, isu yang sering kali naik adalah berkenaan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional iaitu PTPTN.

Berkenaan isu tersebut, PAS yang kini bersama dengan tampuk pimpinan baru, berharap agar unsur riba dalam pembayaran PTPTN dapat dihapuskan.

Hapus riba dalam PTPTN

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, peminjam PTPTN hanya perlu membayar jumlah pinjaman sahaja. Itulah, antara usaha yang boleh dilakukan agar peminjam mampu melunaskan hutang.

“Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay.”

Hutang dalam Islam wajib bayar

Apabila berhutang wajib untuk kita melunaskan, itu juga termaktub dalam syariah Islam. Cuma ramai yang ukar membayar semula kerana jumlah interest yang bertambah.

“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba…”

Jika cadangan ini mampu direalisasikan, sudah pasti dapat meringankan beban para peminjam kan? Tapi nak hapuskan PTPTN tu macam susah je. Dah nama pun pinjam. Lainlah kalau sponsor atau pembiayaan. Tak gitu?

Apa pendapat korang?

[fbcomments]