fbpx

Artis Korea Selatan, Seungri yang merupakan bekas ahli kumpulan BigBang dilaporkan akan keluar penjara pada minggu ini. Akan dibebaskan pada “11 Februari 2023, Seungri telah menyelesaikan hukuman 1 tahun 6 bulan penjara yang dijatuhkan Mahkamah Agung Korea Selatan.

Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun telah berdepan sembilan tuduhan jenayah termasuk pelacuran haram, judi, menyebarkan video seks secara haram dan mengugut.

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Tentera, Seungri didapati bersalah atas semua kesalahan tersebut dan dihukum penjara selama tiga tahun.

Bagaimanapun, selepas rayuan dibuat, Mahkamah Tinggi Tentera mengurangkan hukumannya kepada 18 bulan.

Reaksi masyarakat…

Ramai yang tidak berpuas hati kerana menganggap hukuman buat artis itu terlalu ringan jika dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukannya. Tidak kurang juga yang menunjukkan kerisauan jika penyanyi itu akan menyambung semula kegiatan sumbangnya itu.

Jadi, netizen berpendapat Seungri wajar memperlahankan karier seninya selepas dibebaskan bagi mengelakkan kemarahan masyarakat sebelum kembali aktif.

[fbcomments]