Membeli-belah secara atas talian merupakan satu perkara yang memudahkan. Malah kini dah terdapat banyak platform yang boleh anda layari.
Tetapi anda haruslah berdepan beberapa risiko jika membeli-belah secara atas talian ini. Antaranya ialah salah size, pakaian yang di tunjukkan tidak sama dengan apa yang diperolehi dan macam-macam lagi lah.
Malah baru-baru ini pula, Diana Nasir, kakak kepada aktres Anzalna Nasir telah meluahkan rasa terkilan apabila menerima pakaian yang dibeli secara online tetapi sudah terpakai kerana baju yang diterima itu kotor dan berbau busuk ketiak.
Tambahnya, situasi itu bukan pertama kali terjadi kepadanya dan pernah menerima baju yang berpin.