Detik penuh emosi menyelubungi penyanyi dan pelakon, Bella Astillah apabila menyaksikan sendiri kejayaan anak sulungnya, Mohamed Ayden Adrean, 8, menamatkan cabaran renang sejauh 400 meter di laut terbuka dalam acara Langkawi Swim Fest yang berlangsung di Tanjung Rhu.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DKYbyYIzSNZ/?igsh=bWwwY25rMTlmcTlq
Bella Astillah Sebak, Anak Sulung Tamatkan Cabaran Laut Terbuka
Meskipun baru sahaja menjalani latihan selama lebih kurang seminggu, Ayden berjaya membuktikan keberanian dan keazaman yang luar biasa apabila menamatkan renangan di kawasan laut dalam tanpa sebarang masalah.
Menerusi hantaran di Instagram, Bella mengakui dirinya begitu sebak sehingga tidak mampu menahan tangisan apabila menyaksikan anak kecilnya mengharungi cabaran itu dengan penuh ketabahan.
“Dengan hanya lebih seminggu latihan, saya sangat takut sehingga saya tidak boleh bercakap (air mata keluar). Saya tidak tahu sama ada dia boleh melakukannya… tetapi dia melakukannya,” tulisnya.
![]()
Tambah Bella, pengalaman itu lebih mencabar buat dirinya sebagai ibu, apatah lagi dia sendiri menyimpan trauma berkaitan air dan tidak tahu berenang. Menurutnya, melihat anaknya berada di tengah laut seolah-olah membuatkan jantungnya berdebar luar biasa.
“Sebagai seorang yang tidak boleh berenang (kerana trauma dan ingatan gelap), melihat anak saya di laut terasa seperti jantung saya berada di luar badan. Tetapi dia berani, kuat, dan tegas. Dan dia menyelesaikannya!!
“Saya menangis, dan satu keluarga juga menangis kerana dia berjaya,” katanya.
![]()
Kejayaan Ayden nyata memberi rasa bangga buat keluarga mereka. Bella turut berkongsi bahawa seluruh keluarganya tidak dapat menahan air mata selepas menyaksikan saat Ayden melintasi garisan penamat dengan selamat.
Momen tersebut turut menyentuh hati ramai warganet yang memuji keberanian Ayden serta semangat juangnya walaupun masih di usia muda. Dalam masa sama, ada yang percaya bahawa kehadiran figura seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang turut menyertai acara sama bagi kategori dewasa, sedikit sebanyak memberi inspirasi buat Ayden.
Untuk rekod, Syed Saddiq berjaya menamatkan renangan sejauh 4 kilometer dalam pertandingan tersebut.
Kredit: Instagram bellaastillah