fbpx

Keadaan Covid-19 di Malaysia tak dapat jangka apakah kesudahannya, apabila dimaklumkan hari ini kes Covid-19 naik mendadak menjadi tiga angka.

Menerusi sidang media hari ini mengenai perkembangan Covid-19 di Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham, memaklumkan Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 105 kes, dimana 11 kes adalah daripada kes import.

Naik mendadak 105 kes

Kenaikkan 105 kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes. Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,747 orang.

Justeru itu, KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan amalan dan langkah pencegahan COVID-19.

Sumber : KKM

[fbcomments]