fbpx

Dato’ Hattan teruk menerima kecaman apabila bertindak menegur atau memalukan wartawan Astro Awani dalam program siaran langsung.

Hattan dan keluarganya menerima kecaman hebat termasuklah ugutan yang dibuat kepada isterinya iaitu Datin Arianie Abidin.

Belum selesai isu tersebut, ada segelintir netizen yang mendakwa Hattan mempunyai lagak yang kurang disenangi ketika bertembung penyanyi veteran tersebut. Netizen mendakwa penyanyi berpangkat Dato’ itu tidak suka beratur malah memotong barisan untuk menyelesaikan urusannya.

“Tau Hattan orang Negeri Sembilan. Ada sekali tu tengah beratur nak bayar minyak dekat Petronas, tiba-tiba dia lalu terus potong line dengan muka tak bersalah,” dakwa netizen.

“Dia ni memang macam ni ke haritu pergi JD Pavilion, orang beratur elok je tiba-tiba dia datang potong terus letak kata nak bayar stokin saja,” dakwa netizen lain

Rata-rata menganggap tindakan tersebut tidak dapat diterima dan ada juga yang berkongsi pengalaman buruk dengan artis tersebut.

Sumber: Twitter

[fbcomments]