Belum pun reda kes koronavirus, kini China melaporkan kes virus selesema burung h5n1 pula menyerang di wilayah Hunan. Wilayah itu terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, yang merupakan pusat penularan wabak koronavirus

“Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang menempatkan 7,850 ekor ternakan ayam, dan 4,500 ekor ayam telah mati setakat ini.

Oleh sebab itu, pihak berkuasa China telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam untuk mengelak wabak tersebut terus menular.

Jangkitan daripada haiwan kepada manusia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), adalah sukar, namun tidak mustahil berlaku.

[fbcomments]