fbpx

Seorang lelaki yang ditemui mati dalam longkang di KM40.1 Lebuhraya Utara Selatan Plus berhampiran Sedenak, Ahad lalu dipercayai telah diserang.

Mangsa yang bekerja sebagai penarik kereta berumur 34 tahun itu ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan dan kecederaan di bahagian kepala anggota badan yang lain.

Kereta ditarik kerana pemilik gagal membuat bayaran

Menurut laporan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang dipetik daripada Kosmo, mangsa ditemui di laluan bertentangan arah selatan. Manakala seorang lagi rakan mangsa sempat melarikan diri ke tebing lebuh raya berdekatan.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati mangsa dan rakannya dalam perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas berjaya menarik sebuah kereta Toyota Vellfire, di Johor Bahru.

Posted by Info Bencana Pahang dan Luar Pahang on Wednesday, December 23, 2020

Kereta berkenaan ditarik kerana pemiliknya gagal membayar wang ansuran bulanan.

Kenderaan mangsa dihimpit dua kenderaan lain

Menurut laporan pihak polis, kereta yang dipandu mangsa telah terbabas setelah dihimpit dua buah kenderaan lain. Kejadian itu dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati atas penarikan kereta berkenaan. 

Kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terbabas sejurus dihimpit dua buah kenderaan yang lain. Pelanggaran tersebut dipercayai berpunca rasa tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menarik kereta Toyota Velfire berkenaan.

[fbcomments]