Walaupun Malaysia kini sudah memasuki fasa kedua PKP, namun masih terdapat segelintir lagi penduduk yang degil tidak mahu mematuhi arahan.
Malah , keadaan akan menjadi lebih teruk jika masyarakat kita terus bersikap degil. Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook, memaparkan seorang lelaki enggan mengikut dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa apabila diminta beredar ketika sedang makan di sebuah kedai.
Siap baling gelas lagi
Difahamkan, dia bertindak lebih biadap terhadap anggota yang bertugas sehingga dengan berani membaling gelas yang diminum ke arah petugas tersebut.
Jika masyarakat kita masih berterusan begini dan tidak langsung mahu bersama-sama membendung gejala penyakit, maka harapan untuk kita pulih daripada Covid-19 ini semakin tipis.