Sepanjang perlaksanaan PKP, kebanyakan rakyat Malaysia dilihat menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah bersama ahli keluarga. Antara aktiviti yang terkenal sepanjang PKP dilaksanakan adalah menghias rumah, buat TikTok Challange dan memasak pelbagai resepi-resepi viral.
Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pemuda yang berusia 26 tahun sepanjang dirinya berada di rumah ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan Wuhan terhadap rakyat mereka.
Berat badan bertambah 100KG!
Gara-gara 5 bulan menetap di rumah, pemuda ini berjaya dilebal sebagai lelaki paling gemuk di daerah berkenaan ekoran berat badannya bertambah 100 KG!
Zhou dikatakan mengambil makanan yang berlebihan semenjak kerajaan melaksanakan perintah berkurung ekoran wabak pandemik menular dengan teruk di daerah berkenaan.
Kurang bersenam faktor kegemukan
Kini, berat badan pemuda yang kenali sebagai Zhou ini telah mencecah 280 Kg dan kurang bersenam antara faktor utama lelaki ini mengalami obesiti yang melampau.
Zhou membawa diri ke hospital pada 1 Jun lalu untuk dirawat setelah hampir 5 bulan hanya berkurung di dalam rumah. Lelaki ini pada awalnya telah mengalami gannguan tidur disebabkan kegemukan yang melampau.
Pakar akan bantu turunkan berat badan
Zhou kini telah dirawat oleh Pusat Pembedahan Obesiti dan Metabolik di Wuhan disebabkan tahap kesihatannya kini dalam keadaan yang membimbangkan
Malah, Zhou dikatakan mengalami masalah kegemukan disebabkan faktor genetik dan kecelaruan endokrin serta peningkatan pengambilan kalori tanpa henti selama lima bulan.
Menurut laporan Odditycentral, Zhou sebelum ini pernah bekerja di sebuah kafe dan menjalani gaya hidup normal,