Tindakan usahawan Kieda Crepe yang berjumpa dengan seorang wanita hanya kerana tidak dapat menerima kritikan terhadap produk ‘crepe’ yang dijualnya mendapat kecaman daripada seorang pengguna media sosial.

Tindakan tersebut tular selepas wanita tersebut memberi ulasan jujur mengenai rasa dan harga ‘crepe’ yang dijual oleh Kieda.

@.thisisque

RANCAK ANDA EHHH !! #kiedacrepe #malaysia #bullycustomer #kiedacrepeviral #viraltoday #malaysiaviral

♬ original sound – .que. – .que.

Usahawan Kieda Crepe Ditegur Netizen Kerana Terlalu Cepat Melatah Terhadap Kritikan

Menerusi hantaran di TikTok, individu yang dikenali sebagai Que memberikan teguran kepada Kieda supaya lebih sabar dan tidak cepat melatah apabila menerima komen atau ulasan daripada pelanggan. Que menegaskan bahawa sebagai seorang usahawan, Kieda perlu lebih matang dalam menghadapi pendapat orang ramai, terutamanya yang disampaikan secara jujur, tanpa perlu melibatkan tindakan yang melampau.

“Kieda Crepe, awak semakin rancak ya. Pertama kali saya nak cakap awak patut bersyukur kerana masih ada yang menyokong awak. Awak jangan terlalu melebih, ini peringatan daripada saya sebagai seorang yang kali lihat pelbagai isu membabitkan awak. Tapi cara awak itu sudah melebih.

“Jadi sementara ada yang masih menyokong awak untuk sentiasa jaga tingkah laku dan kata-kata. Jangan sampai nanti apa yang awak buat terkena balik pada diri sendiri,” kata Que dalam video tersebut.

@.thisisque

stop bullying!! #kiedacrepe #bullycustomer #malaysiaviral

♬ original sound – .que. – .que.

Sementara itu, dalam sebuah video lain, Que turut mengingatkan Kieda supaya berhenti menormalisasikan budaya mengugut pelanggan dengan tindakan saman apabila tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan.

“Berhenti normalisasikan membuli pelanggan. Apabila pelanggan memberi komen kepada produk awak dan awak rasa tidak berpuas hati kemudian guna perkataan peguam, awak patut berhenti.

“Mentaliti orang Malaysia, sikit-sikit nak saman. Apa yang nak disamannya? Setakat crepe nak saman-menyaman,” ujar Que lagi.

Difahamkan, kejadian ini bermula apabila seorang wanita memberi ulasan jujur mengenai ‘crepe’ Kieda, menyatakan bahawa rasa produk tersebut tidak sedap dan harganya tidak berpatutan.

Sebagai tindak balas, Kieda dilaporkan berjumpa dengan wanita tersebut dan mendakwa bahawa komen itu memberi kesan negatif terhadap syarikatnya. Kieda juga dilaporkan telah memulangkan semula wang wanita terbabit.

Kredit: TikTok thisisque

 

[fbcomments]