Tindakan remaja lelaki mengundang rakan perempuannya untuk ke rumah ketika ibu bapanya tiada, mengundang padah apabila dicekup berkhalwat.
Pasangan tersebut baru sahaja berusia 16 tahun dan masih bersekolah. Mereka ditahan di kawasan perumahan Anak Bukit, Alor Setar sekitar jam 10.30 pagi.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berkata, operasi dijalankan sejurus sahaja menerima maklumat dari orang awam.
Berseluar pendek tanpa baju
Katanya, ketika pihaknya mengetuk pintu rumah, remaja lelaki itu keluar dengan hanya memakai seluar pendek tanpa baju.
“Hasil pemeriksaan menemui remaja perempuan berpakaian lengkap di dalam rumah berkenaan dan ketika disoal mereka didapati tiada hubungan mahram.
Dibebaskan dengan jaminan
Walau bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan daripada keluarga masing-masing.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat, yang sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.