Sungguh kematian ini sangat dicemburui. Pergi mengadap Ilahi tatkala sedang melaungkan azan Subuh, menyeru umat manusia mengadapNya menunaikan solat.
Azan Subuh hanya dua rangkap ayat
Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi tadi cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) sahaja dan kemudian terhenti.
Difahamkan, selepas dua rangkap kalimah tersebut, azan terus terbehenti dan kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas sebelum terdengar salah seorang kariah membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera.
Tidak lama kemudian, ambulans pula tiba di perkarangan surau.
Sekujur tubuh kaku sedang terbaring
Arwah yang mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan.
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu. -salah seorang kariah surau.
Difahamkan lagi, hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau sebenarnya adalah AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :”Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.– salah seorang kariah masjid