Ketika dunia sedang bergelut dengan krisis penularan COVID-19, rejim zionis terus bertindak biadap dengan memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat Palestin.

Tentera Israel telah menceroboh masuk sebuah kampung yang didiami penduduk Islam Palestin sebelum meroboh sebuah klinik komuniti dan kediaman sementara penduduk.

Bukan sahaja merobohkan, malah rejim zionis turut merampas bahan binaan untuk mendirikan klinik khas bagi pesakit COVID-19 termasuk mesin penjana kuasa, batu bata, cadar dan keperluan lain.

Setakat ini terdapat 97 kes di wilayah palestin dengan 1 kes kematian

[fbcomments]