Bilal di Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat, Alor Setar melecur di beberapa bahagian badan selepas disimbah minyak sebelum dibakar oleh individu yang tidak dikenali, hari ini.
Ke masjid setiap pagi
Mangsa yang berusia 65 tahun itu memang akan ke masjid setiap pagi untuk azan Subuh.
Menurut kenyataan dari menantu mangsa, sebelum kejadian bapa mentuanya masuk ke dalam kawasan masjid dengan menaiki motosikal dan berjalan di luar masjid untuk melihat maklumat mengenai kuliah agama yang ditampal di situ.
“Memang setiap pagi ayah akan pergi ke masjid untuk azan Subuh. Tetapi hari ini, semasa sedang tengok maklumat mengenai kuliah agama, dia nampak ada satu motosikal yang dinaiki individu tidak dikenali yang memakai topeng muka datang ke arahnya.“
Didatangi individu memakai topeng
“Individu itu terus simbah minyak sebelum menyalakan api. Jemaah masjid yang sedar dengan kejadian itu terus bantu padamkan api dan buka baju ayah sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi abang ipar saya.”
Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi mendapatkan rawatan.
Melecur teruk
Walau bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa dilaporkan mengalami melecur teruk di bahagian muka, tangan, dan badan sebelah kiri.
“Dia berada dalam keadaan sedar tetapi muka, tangan dan badannya melecur dan ada bahagian kulitnya telah mengelupas.”