Baru-baru ini perkongsian seorang pelakon Datin Umie Aida di instagram My Forever Doggo telah menarik perhatian netizen dimana dia telah berkongsikan kisahnya menjaga seekor anjing jalanan yang diberi nama Blackie sejak lima tahun lalu.

Blackie si anjing jalanan
Menerusi perkongsian tersebut, Umie berkata dia bertemu Blackie ketika melihat sekumpulan anjing minum air longkang berdekatan dengan rumahnya.
Timbul rasa kasihan, Umie meletakkan air dalam satu bekas khas untuk anjing-anjing berkenaan.
Timbul rasa kasihan, jadi saya meletakkan air di dalam bekas untuk beri mereka minum. Kemudian, pada suatu hari pihak berkuasa datang menangkap mereka namun salah seekor daripadanya terlepas.

Blackie si anjing istimewa
Blackie kemudian lari menyorok. Dia istimewa. Dia menghormati saya,tak pernah datang dekat seolah memahami saya. Malah, dia tak suruh pun saya sentuh dia. Tak kencing kawasan rumah saya.
Menurutnya lagi, dari situlah dia telah berjaya memupuk sifat kasihkan haiwan dalam kalangan anak-anaknya di rumah. Malah dia turut menasihkan bahawa setiap haiwan adalah ciptaan tuhan dan tidak seharusnya kita menyiksanya.
Hargai ciptaan Tuhan kepada kita dan janganlah seksa haiwan. Kita respek dunia mereka, mereka akan respek kita.