Sebelum ini, terdapat beberapa kes kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) yang sehingga mengakibatkan kematian.
Terbaru, satu bongkah konkrit berbentuk segi empat telah jatuh di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang.
Konkrit jatuh
Kejadian pada pukul 7.45 pagi itu telah mengakibatkan trafik jalan raya tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, pihak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter rasminya menafikan kejadian itu berpunca daripada pihaknya.
Bongkah berkenaan dimaklumkan terjatuh daripada sebuah lori yang lalu di jalan tersebut. Rata-rata di ruangan komen melahirkan rasa bimbang untuk menggunakan jalan tersebut kerana kemalangan sebegini.