Tergamaknya seorang wanita sanggup merotan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan kejam setelah mangsa merosakkan kad kredit dan bingkai telefon bimbitnya.
Kejadian yang tidak perikemanusiaan itu dipercayai berlaku di bandar Warnes, berhampiran Santa Cruz di Bolivia ketika mangsa ditinggalkan di bawah jagaan kakaknya di rumah sewa mereka.

Lapor media tempatan, suspek dalam kes itu telah dikenal pasti sebagai anak saudara kepada tuan rumah sewa berkenaan, Lizeth.
Lizeth dikatakan menuduh mangsa telah merosakkan kad kredit dan bingkai telefon bimbitnya lalu merotan mangsa menggunakan wayar besi atau kayu, menurut kakaknya.
Gambar mangsa yang penuh dengan kesan berbirat akibat dirotan itu telah tersebar di media sosial.

Pegawai Keselamatan Sosial, Glen Antelo berkata, kedua-dua pihak itu sebelum ini pernah bergaduh. Keluarga mangsa akan diberi bantuan psikologi dan nasihat perundangan bagi menangani kes itu.