Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun melecur teruk selepas botol hand sanitizer yang dipegangnya disambar api.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di Telukjambe, Indonesia, mangsa sebelum itu membawa botol tersebut berdekatan dengan tempat membakar sampah di kawasan rumahnya.
Namun secara tidak langsung, api tiba-tiba terus menyambar muka dan badan kanak-kanak tersebut sehingga melecur.
Mungkin ianya nampak mudah, namun ibu bapa diminta sentiasa berwaspada dan perhatikan anak-anak kecil bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.