fbpx

Seorang ayah adalah hero di mata setiap anak. Sebab itu bagi setiap anak, ayah adalah hero pertama dalam hidup mereka. Sekiranya kehilangan hero ini, sudah tentu si anak akan berasa lemah dan sedih. Apatah lagi jika hubungan antara si ayah dan anak itu terlalu rapat.

Itulah perasaan yang boleh digambarkan terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang mesra disapa sebagai Adam apabila bapanya Adam Hanif Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir.

Tidak dapat menahan rindu

Ada kala tidak dapat menahan rindu, budak berusia lima tahun itu meluahkan hasrat ingin menjamah nasi di tepi kubur arwah bapanya.

Walaupun usianya baru setahun jagung, tapi dia tidak seperti kanak-kanak lain. Malah dia sentiasa menadah tangan berdoa kepada Allah SWT ketika menziarahi pusara bapanya agar arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Semoga Adam lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang dan berjaya di dunia akhirat.

Sumber : Facebook

[fbcomments]