fbpx

Pelakon dan pengacara Yana Samsudin,39 mengaku insiden pergaduhan dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bukan sekadar gimik murahan atau lakonan.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin berkata insiden itu berlaku apabila dia sedang mengacarakan program raya terbitan Astro dua minggu lalu.

“Apa yang berlaku bukan lakonan atau kontroversi murahan seperti sangkaan ramai, sebaliknya insiden pergaduhan ini memang berlaku.

“Saya dan suami, Fadzil Zahari tak sangka video ini tular selepas dua minggu insiden berlalu. Kami terkejut kerana percaya produser, Alif Farhan sudah menyelesaikan isu ini dengan Aliff memandangkan kejadian berlaku ketika rakaman.

“Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman.

Yana mengaku tidak takut dengan gertakan Aliff kerana dia berpegang kepada prinsip dirinya iaitu berani kerana benar.

Yana berkata insiden tersebut berlaku sewaktu dia sedang menjalankan tugas mengacara dan menemubual Aliff tentang persiapan raya. Aliff mula menunjukkan barangan rumah termask set pinggan mangkuk berjenama dan pasu mahal yang dimiliki.

“Pasu terletak dalam almari dan memiliki sijil, jadi saya memang tahu pasu ini barangan berharga dan takkan berani menyentuhnya.

“Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang pasu, tetapi saya tak nak sentuh.

“Masa nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.

Yana mengaku pelik apabila disuruh menyentuh barangan yang terlalu berharga itu dan timbul perasaan takut.

“Jadi, tuduhan saya pecahkan pasu seperti tidak masuk akal, sedangkan saya tak sentuh pun,” katanya.

“Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan.

Disebabkan itu, Aliff telah mengamuk apabila pasu pecah dan mengeluarkan perkataan menghina. Perkara ini membuatkan suami Yana, Fadzil hilang sabar dan mula bergaduh dengannya.

“Memang kejadian Fadzil bergaduh dengannya benar-benar berlaku, bukan lakonan.

Wajah kebingungan, bukan berlakon

“Dalam video yang tular, saya memang agak kebingungan sebab terkejut. Saya juga cuba menenangkan keadaan dan suami pula ‘naik angin’.

“Ramai mempertikaikan wajah saya tidak seperti orang dalam ketakutan. Kenapa nak takut, sedangkan saya tak pecahkan pasu,” katanya.

Wanita kelahiran Yong Peng, Johor itu mendakwa, dia tidak gentar kerana banyak bukti ketika rakaman. Dia juga tidak kisah jika Aliff ingin meneruskan saman, kerana dia tidak akan membayar ganti rugi RM 400,000 tersebut.

“Dalam rakaman kita boleh nampak Aliff seperti sengaja melepaskan pasu, jadi kenapa saya harus dipersalahkan?” dakwanya.

Pelakon Adnan Sempit itu mengalami luka akibat terkena percikan pasu yang terhempas hinggakan jari manisnya berdarah. Dia mengalami kesuakaran untuk memasak mahupun mandi dalam tempoh dua minggu yang lalu akibat luka tersebut.

Suami perlu jaga anak jika Yana Samsudin berlakon - Hiburan | mStar

Yana sekali lagi menekankan dia tidak ingin terlibat dalam kontroversi seperti itu dan sememangnya tidak sangka Aliff akan memuat naik video pergaduhan dan menuntut ganti rugi diberikan dalam tempoh 48 jam.

[fbcomments]