fbpx

Ketika ramai dalam kalangan kita sibuk merungut untuk mendapatkan bantuan, sedangkan makanan di dapur masih lagi cukup. Tapi ramai lagi di luar sana yang terpaksa mencatu makanan untuk hidup.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Mohd Hasraf Bin Mohd Yazid, berkenaan seorang lelaki yang dikenali sebagai pakcik Ismail yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

Plg kesian lockdown org2 mcm ni la. Cri duit ngn jual tin2 tuk bg anak bini mkn. Bini ada masalah mental xley kje sbb…

Posted by Mohd Hasraf Bin Mohd Yazid on Selasa, 31 Mac 2020

Cari tin nak bagi anak bini makan

Difahamkan setiap hari Pakcik Ismail akan mencari rezeki dengan mengumpul tin kosong untuk dijual.

Bagaimana pun, sejak tempoh PKP dijalankan, pakcik Ismail semakin sukar kerana banyak kedai besi tempat dimana dia menjual tin tutup di waktu ini, malah lebih sedih lagi kadang-kadang kesemua tin yang telah dikumpul dicuri orang.

Seorang OKU kehilangan kaki

Meskipun hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang, pakcik Ismail bukanlah jenis orang yang suka meminta-minta, malah jauh sekali untuk dia mengemis.

Malah Pakcik Ismail merupakan seorang OKU yang kehilangan sebelah kaki, namun masih cekal juga setiap hari keluar dari pagi mengumpul tin demi sesuap nasi.

[fbcomments]