fbpx

Semalam telah berlaku satu kemalangan di Kilometer 13, jalan Saratok-Betong, di Saratok, Sarawak melibatkan dua buah lori yang bertembung.

Sebuah lori membawa muatan bahan binaan, manakala sebuah lagi membawa bahan mentah berupa daging dan makanan laut untuk dihantar ke pasar-pasar.

Sibuk dapatkan bahan mentah

Namun, apa yang dikesali adalah terdapat sebuah video memaparkan orang ramai yang turut berada di tempat kejadian, berpusu-pusu mahu mendapatkan bahan mentah yang sudah berterabur keluar daripada lori.

Kemalangan Di Jalan Saratok – Betong

Kemalangan Di Jalan Roban – SaratokSelamatkanlah nyawa mereka dahulu sebelum mencari barang2 yang berterabur disitu…

Posted by Sarawak States Report on Jumaat, 22 Mei 2020

Pemandu dan kelindan tersepit 45 minit

Mengikut laporan Harian Metro, lori membawa bahan binaan itu dipandu lelaki berusia 46 tahun dalam perjalanan dari Sibu ke Betong bersama dua kelindan berusia 32 dan 34 tahun.

Difahamkan pemandu dan kelindan patah kaki selepas tersepit 45 minit dalam kenderaan yang remuk.


[fbcomments]