fbpx

Saban hari, ada sahaja berita kecelakan yang melibatkan pemandu yang berada dibawah pengaruh alkohol dengan para pengguna jalan raya yang lain. Lebih menghairankan, mereka ini masih lagi mahu memandu kenderaan walaupun dalam keadaan mabuk.

Pelajar sekolah jadi mangsa pemandu mabuk

Menurut perkongsian lelaki ini, seorang kanak-kanak perempuan yang masih memakai uniform sekolah, didakwa telah terlibat dalam kemalangan akibat dilanggar oleh seorang pemandu yang dikatakan mabuk.

Murid sekolah ini dikenali sebagai Cahaya Darwina, turut dilihat cedera yang agak parah terutamanya dikawasan mukanya.

SUBHANALLAH doakan adik Cahaya Darwina semoga dipermudahkan…org mabuk langgar waktu di sekolah..Ya Allah semoga adik tabah…insyaAllah esok cikteh dtg kat cahaya ya 😔

Posted by Mohamad Azrin Cik Puteh on Rabu, 4 Mac 2020

Hukuman yang berat!

Kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol ini sewajarnya diberikan hukuman yang setimpal. Perkara seperti ini seharusnya tidak boleh dipandang remeh, kerana telah banyak nyawa yang tidak bersalah melayang akibat kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab.

[fbcomments]