Produktiviti adalah faktor penting dalam kejayaan sesebuah organisasi dan individu. Namun, ramai pekerja mengalami masalah dalam meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja. Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan berkongsi 10 cara untuk membantu meningkatkan produktiviti di tempat kerja anda.
Mempunyai Matlamat yang Jelas
Matlamat atau sasaran yang jelas membantu meningkatkan produktiviti kerana ia memberikan arah dan fokus yang jelas kepada pekerja. Tetapkan sasaran yang spesifik dan boleh dicapai. Anda juga perlu menilai semula sasaran ini secara berkala untuk memastikan anda berada di landasan yang betul.
Buat Senarai Keutamaan
Selain itu, adalah lebih bagus jika anda membuat senarai keutamaan atau pun priority list. Dengan adanya senarai tugas dan keutamaan ini anda akan lebih fokus pada tugasan yang paling penting terlebih dahulu. Ini membantu mengelakkan kerja daripada tertunda. Ianya juga membuatkan anda kurang berasa stress dengan tugasan yang terlalu banyak.
Buat Jadual Kerja
Jadual kerja membantu mengekalkan fokus dan memastikan tugasan disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Buat jadual kerja yang realistik dan patuhi ia untuk meningkatkan produktiviti. Anda boleh mengkhaskan sebuah tempoh tertentu untuk sesuatu tugasan disertakan rehat secara berkala. Contohnya menggunakan teknik Pomodoro.
Teknik Pomodoro adalah kaedah pengurusan masa yang dikembangkan oleh Francesco Cirillo pada akhir 1980-an. Kebiasannya teknik ini menggunakan formula “25 minit bekerja, 5 minit rehat” dan diulang sebanyak 4 kali yang mana jumlahnya adalah selama 2 jam. Teknik Pomodoro meningkatkan produktiviti dengan berehat secara berkala.
Hadkan Gangguan
Gangguan seperti panggilan telefon, e-mel, dan perbualan dengan rakan sekerja boleh mengganggu produktiviti anda. Hadkan gangguan tersebut dan cuba untuk fokus sepenuhnya pada tugasan anda. Perkara ini dipanggil sebagai deep work. Dengan fokus 100% terhadap tugasan anda, anda akan dapat mencapai kualiti kerja yang lebih baik berbanding apabila perhatian tersebut singkat dan terganggu.
Untuk perkara seperti berborak, menjawab panggilan telefon dan membalas e-mel, anda boleh lakukan diluar momen fokus ini.
Dapatkan Rehat yang Cukup
Maksud rehat disini bermula dari waktu tidur anda di malam hari. Pastikan anda mendapatkan tidur secukupnya iaitu tujuh ke sembilan jam sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil beberapa rehat pendek bagi mengurangkan tekanan. Beristirahat memberikan kesan positif pada kesihatan fizikal dan mental anda, dan boleh meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.
Gunakan Teknologi untuk Meningkatkan Produktiviti
Teknologi seperti perisian pengurusan masa dan aplikasi mudah alih membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kerja berulang. Gunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti anda. Antara perisian popular dan sering digunakan seperti Google Calendar, Trello, Notion dan juga Evernote.
Meningkatkan Kemahiran Diri
Anda juga boleh meningkatkan kemahiran diri seperti kemahiran pengurusan masa dan kemahiran komunikasi. Perkara ini akan membantu meningkatkan produktiviti kerana ia membantu anda menguruskan tugasan dengan lebih berkesan. Kemahiran ini juga akan membuatkan anda lebih yakin dengan diri sendiri.
Lakukan Regangan dan Senaman Ringkas
Senaman ringkas dan regangan boleh membantu meningkatkan fokus dan tenaga anda. Duduk di hadapan komputer untuk waktu yang terlalu lama boleh meningkatkan risiko penyakit kronik terhadap seseorang individu. Selain itu, anda juga bakal berasa tepu dan bosan membuat kerja dalam tempoh yang terlalu lama.
Jadi lakukan regangan ringkas yang sekaligus dapat meningkatkan produktiviti anda. Lakukan senaman ini pada waktu rehat untuk mendapatkan kebaikan ini.
Sememangnya,
Setiap orang mahu mencapai produktiviti di tempat kerja. Bagaimanapun, dalam pada kita mahu mencapai yang terbaik dalam kerjaya, kita juga perlulah menjaga kesihatan diri kita sama ada dari segi fizikal dan mental. Diharap tips ini dapat membantu anda lebih fokus di tempat kerja.
Baca artikel tentang tips berlari di sini.