fbpx

Satu insiden menyayat hati baru-baru ini mencuri perhatian media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ditemukan meninggal dunia dengan tragis, dipercayai dibunuh oleh ibu tirinya di Pontianak, Indonesia.

Bunuh Anak Tiri Akibat Iri Hati

Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh bapanya dalam sebuah karung guni berhampiran rumah mereka.

Menurut pihak berkuasa, ketika kejadian, kanak-kanak itu dikurung di bahagian belakang rumah dalam keadaan hujan lebat dan kelaparan.

Selepas pengsan, ibu tirinya menolak mangsa sehingga kepalanya terhentak di lantai, menyebabkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal sehingga akhirnya meninggal dunia.

Lebih menyedihkan, ibu tiri mangsa tidak membawa anak tirinya ke hospital, sebaliknya memasukkan mayatnya ke dalam karung guni.

Pihak polis menyatakan bahawa motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada cemburu terhadap perhatian suaminya yang lebih kepada mangsa berbanding anak-anak lain.

Suspek kini ditahan oleh polis daerah Kalimantan Barat dan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Kredit: portal Tribunnews

[fbcomments]