Personaliti media sosial terkenal, Cik Epal, baru-baru ini berkongsi kadar bayaran bagi perkhidmatannya dalam membuat ulasan atau review produk di media sosial.
Perkara itu didedahkan menerusi Instagram Story miliknya susulan ramai peniaga yang bertanya mengenai pakej harga untuk review.
Cik Epal Dedah Kadar Bayaran Untuk Review, Caj Sehingga RM100,000
Menurutnya, dia sangat serius dalam soal perniagaan dan menegaskan bahawa kadar yang ditetapkan bukan sekadar gurauan.
Berdasarkan pendedahan tersebut, harga bagi satu posting di Instagram feed adalah RM30,000, manakala untuk review di Instagram Story pula, caj yang dikenakan adalah RM20,000.
Lebih menarik perhatian, Cik Epal turut mengenakan bayaran sebanyak RM50,000 bagi sesi siaran langsung selama dua jam di TikTok, sementara sesi live selama empat jam mencecah RM100,000.
Pengumuman tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya, dengan ada yang mengagumi nilai pengaruhnya dalam dunia digital, sementara sebahagian lagi terkejut dengan kadar bayaran yang ditetapkan.
Kredit: Instagram cikepal06