Meskipun baru sahaja menempuh fasa baharu sebagai suami, usahawan dan pempengaruh media sosial Jofliam terus menjadi perhatian apabila bekas isterinya, Murni Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Epal, tampil memberikan reaksi sinis terhadap perkahwinan terbarunya.
![]()
Cik Epal Sindir Perkahwinan Jofliam dan Dewi, Netizen Kembali Ungkit Kisah Silam
Jofliam selamat bergelar suami kepada Emira Delyati Dewi dalam satu majlis yang berlangsung pada Sabtu. Perkahwinan tersebut dikongsikan oleh pihak perancang acara, Munstara Event, menerusi Instagram Stories dengan pasangan pengantin tampil sedondon dalam busana serba putih.
![]()
Bagaimanapun, suasana gembira itu sedikit tercalar apabila Cik Epal memuat naik hantaran yang disifatkan ramai sebagai sindiran terhadap pasangan tersebut. Dalam perkongsian itu, beliau turut menitipkan pesanan berbentuk sindiran yang jelas ditujukan kepada isteri baharu Jofliam.
![]()
Perkembangan itu sekali gus mencetus semula perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial yang tidak lupa akan kontroversi lama membabitkan ketiga-tiga individu ini. Netizen kembali mengaitkan Dewi, yang juga merupakan bekas pekerja Jofliam, sebagai antara punca perpisahan rumah tangga terdahulu.
“Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan… Tahniah Han&Yuki dapat bibik baru.
“Untuk qurqy, good luck melayan tantrum abiang. Jaga abiang elok-elok sebab abiang memang LEMAH dengan perempuan acah macam kau. Kalau takut abiang curang lagi, boleh lah sorok abiang dalam almari.
“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka,” tulis Cik Epal.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkahwinan selama sedekad itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Namun, hubungan mereka berakhir pada tahun lalu.
Kredit: Instagram cikepal06