Dikala usia muda pasti banyak benda yang perlu diteroka, ada yang masih bersuka-ria gelak sana sini, namun ada juga yang sudah berfikiran matang dan sudah memikirkan masa hadapan. Baru-baru ini terjadi satu suasana yang sedih dan pilu apabila seorang cikgu menyiasat ketiadaan seorang anak muridnya yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Namun, pelajar yang berumur 12 tahun ini dijumpai sedang menjaga ibu yang terlantar sakit akibat serangan strok atau angin ahmar.

Utamakan Jaga Ibu Berbanding Pelajaran
“Seorang murid tahun 6, Iman didapati selalu tak hadir ke sekolah. Setelah sekolah siasat, rupanya anak ini menjaga emak yang stroke. Bila Cikgu Zahran maklumkan pada aku kes ini, kami terus buat kunjung ziarah”, menurut kapsyen yang ditulis oleh Mohd Fadli Salleh.
Posting yang dimuat naik di laman Facebook Mohd Fadli Salleh itu telah meraih minat pihak media untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan pelajar darjah 6 ini. Menurut beliau, sumber pendapatan keluarga murid itu atau nama panggilannya sebagai Iman, bergantung kepada kakak dan abangnya yang bekerja di sebuah pusat beli belah di ibu kota, memandangkan bapa mereka sudah meninggal dunia.

Kakak Terpaksa Berhenti Sekolah, Kini Abang Dan Kakak Bertanggungjawab Menyara Keluarga
Menurut Fadli, abang dan kakak kepada Iman adalah punca rezeki pendapatan mereka sekarang. “Kakaknya usia 17 tahun berhenti sekolah sejak F1 kerana hidup susah. Abang dan kakak inilah yang kerja di M3 Mall untuk menyara emak dan adiknya”.
“Mujur Baitulmal MAIWP ada beri bantuan bulanan RM500 sebulan. Ringan la sikit beban mereka. Namun RM500 sebulan nak jaga orang stroke, nak beli barang dapur, memang sangat-sangat tak cukup. Harap sangat ada pihak MAIWP ziarah keluarga ini dan nilai semula zakat bulanan itu”, tambahnya lagi.
Cikgu Bersungguh Pesan Agar Anak Bongsu Itu Dapat Habiskan Belajar Sampai SPM
Menjengah di ruangan komen, ramai warga FB turut ingin menolong keluarga ini dan ada juga yang menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan.


Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh