Selebriti jelita Neelofa berkongsi perasaan teruja apabila suaminya Muhammad Haris Ismail memberi sebentuk cincin berlian sempena sambutan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Noor Neelofa Mohd Noor, 34 memuat naik sebuah Instagram Story menyatakan kesyukuran serta menitipkan doa buat suaminya.
“Terima kasih @hrisbismail, moga mencurah-curah rezeki awak asbab cuba bahagiakan isteri,” tulisnya.
Diberi pilihan antara cincin atau beg tangan
Dalam pada itu, Neelofa juga ada berkongsi perbualan bersama Haris berserta foto cincin berlian yang diterimanya. Suaminya itu ada bertanya sama ada Neelofa mahukan bag tangan atau cincin untuk sambutan hari raya.

Sebelum ini, Neelofa juga pernah menerima hadiah gelang tangan berjenama mewah yan dibawa oleh PU Riz setelah pulang dari menunaikan solat Jumaat.
Sekadar info, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, setahun. Neelofa juga sedang mengandung anak kedua yang dijangka bakal lahir pada pertengahan tahun ini.