Pada zaman sekarang, hubungan percintaan merupakan satu kebiasaan buat anak-anak muda. Malah belum mempunyai ikatan yang sah lagi kebiasaannya pasangan ini sudah berjumpa dan kerap ‘berdating’ berduaan.

Namun berlainan pula dengan pasangan ini dimana….

Tak berhubung sepanjang 5 tahun bertunang

Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai tolibul_ilm ini telah menarik perhatian netizen dimana dia dia telah berkongsi kisah pertunangannya dengan suami selama 5 tahun sebelum bernikah pada penghujung tahun lalu.

Menurut tolibul_ilm, suaminya tidak pernah melihat wajahnya sepanjang lima tahun bertunang. Dia mewakilkan ibu untuk melihat wajah disebalik niqab yang dipakai.

Seminggu sebelum nikah baru tahu

Walau bagaimanapun, seminggu sebelum bernikah, pengguna Twitter memaklumkan dia perlu menghantar salinan kad pengenalan kepada bakal suami.

Ketika itulah baru wajahnya diperlihatkan. Namun menurut beliau, dalam masa yang sama, dia juga agak khuatir majlis tidak jadi kerana merasakan wajah di kad pengenalan tidak cantik.

Namun tekaannya silap bila mana bakal suaminya tetap menerima segala kekurangan dan mereka bernikah pada Disember lalu walaupun sebelum ini jarang berhubung atau bertanya khabar.

[fbcomments]