Cirit-birit mungkin adalah agen kedua dalam penyebaran wabak coronavirus, kata saintis susulan penerbitan kajian terbaharu yang mengaitkan simptom berkenaan dengan simptom abdominal dan najis pesakit.
Sumber utama dipercayai berpunca daripada titisan air liur daripada batuk pesakit, walaupun penyelidik pada kes awal berkata, tumpuan lebih diberikan kepada pesakit yang banyak menunjukkan simptom respiratori dan mungkin terlepas pandang aspek berkaitan sistem penghadaman.
Sejumlah 14 daripada 138 pesakit (10 peratus) di hospital Wuhan yang menjadi bahan kajian bagi Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) didapati mengalami masalah cirit birit dan loya satu atau dua hari sebelum mula dilanda demam dan masalah pernafasan.
“Coronavirus boleh tersebar melalui sisa perkumuhan,” kata profesor jurusan kesihatan alam sekitar di Universiti Southampton, William Keevil.