fbpx

Lebih 6,000 pelancong terperangkap di atas kapal persiaran di Itali apabila kapal itu dikuarantin susulan dua individu disyaki dijangkiti coronavirus.

Sampel daripada pasangan warga China itu dihantar menjalani ujian selepas tiga doktor dan seorang jururawat menaiki kapal milik syarikat perkapalan Costa Crociere di pelabuhan Civitavecchia, untuk merawat seorang wanita yang demam.

Dikuarantin dalam kapal persiaran

Costa Crociere mengesahkan kapal itu, yang membawa kira-kira 7,000 penumpang termasuk anak kapal dikuarantin.

Difahamkan seorang wanita berusia 54 tahun dari Macau ‘diasingkan dalam hospital di atas kapal itu bersama temannya mengikut arahan kementerian kesihatan.

Kapal persiaran utama dan kelima terbesar dunia

Difahamkan Costa Smeralda merupakan kapal persiaran utama dan kelima terbesar di dunia, tiba dari Palma de Mallorca dan sedang dalam perjalanan selama seminggu di barat Mediterranean.

Terdapat pasangan warga China demam

Pasangan yang demam itu terbang ke Milan dari Hong Kong pada 25 Januari lalu, sebelum menaiki kapal persiaran Costa Smeralda.

“Kabin pasangan itu dikosongkan dan mereka kini bersama doktor. Sudah tentu kami bimbang. Selain doktor, tiada sesiapa dibenarkan masuk atau keluar daripada kapal ini.

Percutian ini mungkin berakhir dengan mimpi ngeri.” kata seorang penumpang.

Negatif coronavirus

Datuk Bandar Civitavecchia telah meminta pihak berkuasa untuk menghalang orang ramai keluar dari kapal pelabuhan sehingga keputusan ujian perubatan dikeluarkan.

Sampel dibawa ke hospital Spallanzani di Roma dan keputusan menunjukkan negatif coronavirus.

[fbcomments]