Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan peringkat antarabangsa selepas wabak coronavirus mula merebak ke beberapa negara luar.
“Sebab utama perisytiharan ini bukanlah apa yang berlaku di
China tetapi apa yang berlaku di negara lain.”-
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menyerang negara-negara lemah
“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak
ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.” – Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Sehingga hari ini seramai 213 orang telah meninggal dunia di Wuhan akibat penularan wabak ini, manakala terdapat 98 kes di 18 negara berbeza tetapi tiada kematian yang dicatatatkan.
Terdahulu, Ketua Program Kesihatan Kecemasan WHO, Michael Ryan mengingatkan seluruh dunia supaya berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sedia bertindak.
Memuji langkah yang diambil China
Bercakap pada sidang akhbar di Geneva, Dr Tedros memuji langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa China bagi menghalang wabak ini daripada merebak.
Beliau turut menambah bahawa pengisytiharan ini bukanlah undi tidak percaya kepada China selepas beberapa media dilaporkan cuba untuk mempolitikkan keputusan WHO.
Bukan kali pertama
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama WHO mengeluarkan arahan kecemasan peringkat antarabangsa.
Pengisytiharan kecemasan kesihatan global hanya pernah dibuat lima kali sebelum ini termasuk Ebola dan selsema babi.
Sumber : WHO, Berita Harian