Enam kawasan telah dilabelkan sebagai zon merah wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Kawasan-kawasan itu ialah Petaling Jaya, Selangor, Lembah Pantai, Hulu Langat, Johor Bahru, Johor, Seremban, Negeri Sembilan dan Titiwangsa dan Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihak KKM akan memastikan tumpuan diberi kepda daerah-daerah yang terjejas teruk dengan wabak tersebut dan sebagai langkah pencegahan awal.
Memetik laporan ASTRO Awani, Dr. Noor Hisham berkata, KKM mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih daripada 40 kes COVID-19, sebagai zon merah.

Setakat ini, enam kawasan atau daerah di seluruh negara telah dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak COVID-19.
Untuk rekod catatan kes, Petaling Jaya 96 kes, Lembah Pantai (90), Hulu Langat (75), Johor Bahru (52), Seremban (42) dan Titiwangsa (40).
Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan lagi keupayaan pensampelan sehingga 16,000 sehari menjelang bulan depan. Untuk minggu ini sahaja, kata Dr. Noor Hisham, setiap hari pihaknya mampu menjalankan 3,500 ujian pensampelan sehari.