Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 3,027 kes baharu COVID-19 hari ini.
Angka tersebut sekaligus menjadikan kes kumulatif COVID-19 negara kini meningkat kepada 128,465 kes.
Johor paling tinggi hari ini
Walau bagaimanapun, Johor telah mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi pada hari ini dengan pertambahan 1,103 kes.
Berdasarkan infografik Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan tersebut menjadikan kes COVID-19 di negeri selatan itu meningkat ke 9,002 kes.
Diikuti oleh Selangor dengan pertambahan 706 kes dan Sabah, pertambahan 493 kes.
